Ginkgo (ginkgo biloba) terkenal sebagai herba tradisional
yang berpotensi melancarkan peredaran darah, mengandungi antioksidan yang kuat,
serta membantu menyokong kesihatan otak seperti memori dan fokus.
Gingko mampu meningkatkan fungsi otak apabila ia membantu
melancarkan pengaliran darah ke otak, yang berpotensi menyokong daya ingatan
dan mengurangkan gejala kemerosotan kognitif.
Ia mampu melancarkan peredaran darah dapat membantu
mengurangkan masalah kebas pada tangan atau kaki akibat peredaran yang lemah.
Gingko kaya antioksida iaitu flavonoid dan terpenoid
membantu melawan keradangan dan meneutralkan radikal bebas dalam badan.
Flavonoid adalah antioksidan berasaskan tumbuhan. Kajian
makmal dan kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf,
otot jantung, saluran darah dan retina daripada kerosakan.
Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan
saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.
Oleh itu ramai yang mengambil produk gingko percaya bahawa
ia boleh meningkatkan daya ingatan, menajamkan pemikiran dan juga mengatasi
masalah peredaran darah.
Ia juga masalah kesihatan lain seperti simptom migrain,
mengurangkan keradangan saluran pernafasan, serta membantu meredakan kerisauan
(anxiety).
Peringatan Penting:
Ginkgo boleh bertindak sebagai pencair darah. Jika anda sedang mengambil ubat
seperti aspirin atau warfarin, atau mempunyai masalah kesihatan yang spesifik,
dapatkan panduan daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil suplemen
ini.
Dapatkan gingko terbaik di pasaran
Di Shopee

No comments:
Post a Comment