Termos adalah sejenis balang untuk menyimpan air agar kekal
sejak atau panas. Pada masa dahulu, termos memang banyak digunakan di rumah
untuk menyimpan air yang dipanaskan agar kekal panas dan tidak perlu dipanaskan
setiap kali ingin membuat air kopi atau air teh.
Termos juga digunakan untuk menyimpan air kopi atau air teh
yang masih panas untuk dibawa ke kebun, diminum ketika rehat dalam keadaan
masih panas dan mengekalkan aromanya.
Sekarang kegunaan termos semakin jarang kerana sudah ada balang pemanas air
yang tersedia panas sepanjang masa. Begitu juga pelbagai jenis penapis air yang
tersedia air panas dan air sejuk.
Pun begitu, termos kecil sekarang ini semakin banyak digunakan untuk menyimpan
air sejuk mahupun panas untuk dibawa ke mana-mana seperti ke pejabat, sekolah,
bekelah dan aktiviti luar.
Ia menjimatkan belanja tanpa perlu membeli air di luar. Membawa air di dalam
termos juga menjamin kebersihan air yang disediakan sendiri di rumah. Bahkan,
ia boleh mengikut cita rasa sendiri.
Selain itu, ia boleh diminum bila-bila masa dan penyimpanan yang selamat tanpa
tumpah atau bocor jika membeli air yang dimasukkan ke dalam bekas
plastik.
Dapatkan termos berkualiti pilihan ramai secara dalam talian
Di Shopee

No comments:
Post a Comment