Thursday, 2 July 2026

KHASIAT MORINGGA KAWAL GULA DARAH

Khasiat moring (Moringa oleifera). Ia juga dikenali kelor, lemunggai, emunggai, gemunggai, meringgai, merunggai dan remunggai) amat kaya dengan pelbagai kebaikan.

Ia merupakan tumbuhan makanan unggul yang sangat padat dengan nutris. Kaya dengan antioksidan, vitamin (A, B, C, E), protein, dan mineral penting seperti kalsium dan zat besi yang membantu menyokong sistem imun dan kesihatan keseluruhan.  

Antara yang sering diperkatakan khasiat moringa adalah menurunkan dan mengawal gula darah. Jadi, ia membantu pesakit diabetes mengawal paras glukosa dengan lebih baik dan mengelak komplikasi yang berkaitan dengannya.

Ia juga membantu melindungi kesihatan jantung dengan merendahkan kadar kolesterol jahat.

Moringa yang kaya dengan asid amino yang bertindak sebagai neuro-enhancer untuk menyokong aktiviti kognitif dan memori atau membantu meningkatkan fungsi otak.

Sifat antiradang antioksidan di dalamnya melawan radikal bebas serta mengurangkan keradangan.

Moringa juga membekalkan nutrien lengkap seperti zat besi (lebih tinggi daripada bayam) dan kalsium (lebih tinggi daripada susu) untuk mengelakkan keletihan.

Kalau dikira dengan berat yang sama, daun merunggai mempunyai:-
- Khasiat vitamin A yang lebih tinggi daripada lobak merah (carrot)
- Lebih banyak zat besi daripada bayam
- Lebih banyak vitamin C daripada limau
- Lebih banyak kalsium daripada susu
- Lebih banyak potassium daripada pisang
- Kualiti proteinnya setanding dengan telur dan susu.

Dapatkan kapsul moringa daripada pelbagai pengeluar untuk pilihan terbaik secara dalam talian.

Di Shopee







No comments:

Post a Comment