Asam gelugur (atau asam keping) kaya dengan asid
hidroksikitrik (HCA), vitamin C, dan antioksidan. Ia sangat berkhasiat untuk mengawal
berat badan, menurunkan kolesterol jahat (LDL), mengawal tekanan darah, dan merawat
masalah kencing manis. Pengambilannya dengan cara dijadikan ramuan dalam
masakan atau direndam dalam air panas.
Manfaat utama asam gelugur adalah menurunkan berat badan. Kandungan
HCA membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam
badan.
Ia juga membantu mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL)
serta melindungi jantung daripada penyakit kardiovaskular.
Air rebusannya sering digunakan secara tradisional untuk
menstabilkan tekanan darah tinggi dan merawat kencing manis.
Untuk kesihatan wanita, air rebusan asam gelugur dipercayai
membantu mengecutkan rahim bagi wanita yang baru lepas bersalin.
Asam gelugur juga kaya denan sumber antioksidan dan bersifat
antibakteria serta boleh bertindak sebagai agen antipenuaan dan antiradang. Ia
menjadi bahan awet muda yang membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu
ia juga membantu menghaluskan kulit dan mencerahkannya.
Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman. Minum
air rendaman asam keping apabila anda mengalami masalah sembelit atau
cirit-birit.
Dalam amalan Perubatan India kuno (Ayurveda) asam keping
juga digunakan untuk merawat kanser. Pesakit yang mempunyai kanser diberikan
minum air rendaman asam gelugur setiap hari.
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam asam gelugur mampu
meningkatkan sistem imunisasi dalam badan dan mampu meningkatkan tindak balas
badan untuk melawan pelbagai jenis penyakit dengan lebih mudah.
Dapatkan asam gelugur atau asam keping berkualiti secara
dalam talian
Di Shopee

No comments:
Post a Comment