Kurma dapat membantu meningkatkan kualiti sperma daripada
segi bentuk dan kelajuan. Kajian mendapati antioksidan, selenium, zink,
omega 3, koenzim (CoQ10), karnitin dan makanan lain yang kaya dengan nutrien
tertentu amat membantu dalam meningkatkan kualiti sperma lelaki.
Terdapat tujuh nutrien tambahan dalam kurma yang boleh membantu meningkatkan
mutu sperma lelaki. Nutrien pertama ialah antioksida. Tekanan oksidatif dan
kekurangan antioksidan adalah antara faktor mengganggu kualiti sperma apabila
ia merosakkan DNA dalam sperma.
Tubuh memerlukan antioksida untuk membantu memperbaiki sel dan DNA yang rosak.
Oleh itu, kerosakan sel serta DNA akibat tekanan oksidatif perlu diperbaiki.
Nutrien kedua adalah zink iaitu antara mineral penting dalam
tubuh. Zink membantu melindungi sperma daripada rosak akibat serangan bakteria.
Dengan kata lain, ia juga memainkan peranan penting sebagai antibakteria.
Di samping itu, ia turut mengurangkan kerosakan pada
kromosom dalam sperma. Zink juga memainkan peranan penting dalam
perkembangan testis dan proses penghasilan sperma iaitu spermatogenesis.
Kekurangan zink boleh mengganggu spermatogenesis dan punca masalah daripada
segi morfologi yang dikenal pasti sebagai teratozopsermia. Ia juga mampu
mengganggu tahap testosteron serum lelaki.
Nutrien seterusnya adalah selenium. Ia adalah mineral dan komponen penting
terkandung dalam selenoprotein.
Selenium berfungsi sebagai antioksidan bagi melindungi sperma daripada spesies
oksigen reaktif (ROS) yang mana ia adalah elemen yang mengganggu ketika proses
penghasilan sperma (spermatogenesis).
Kekurangan selenium dalam badan boleh mengganggu jumlah, pergerakan dan
morfologi sperma.
Nutrien tambahan keempat dalam kurma ialah frukrosa iaitu
kandungan gula dalam kurma dengan 7.7g fruktosa untuk sebiji kurma. Fruktosa
mempunyai nilai indeks glisemik (GI) rendah berbanding sukrosa dan glukosa yang
sesuai kepada pesakit kencing manis.
Nutrien seterusnya adalah serat yang kandungannya tinggi di dalam
kurma. Serat antara nutrien yang membantu proses pencernaan dan membantu
mengurangkan berat badan.
Kurma kaya dengan vitamin seperti A, D dan K yang mana nutrien ini membantu
meningkatkan fungsi pembiakan lelaki. Terdapat kajian menjelaskan kepentingan
vitamin D dalam sperma terutama pergerakan.
Vitamin lain dalam kurma bertindak sebagai antioksidan yang
boleh mengurangkan kesan tekanan oksidatif terhadap sperma dan ia membantu
meningkatkan fungsi sistem pembiakan lelaki.
Nutrien yang turut terdapat dalam buah kurma ialah flavonoid iaitu nutrien yang
terdapat dalam tumbuhan tertentu bertindak balas sebagai antioksidan dan
antiradang kepada tubuh manusia.
Kurma mengandungi 13 jenis flavonoid. Selain itu, ia turut mengandungi
flavonoid sulfat yang jarang dijumpai dalam tumbuhan.
Flavonoid mempunyai potensi yang baik sebagai antioksida dan mengurangkan
jangkitan kuman ke atas sistem badan terutama sistem pembiakan lelaki.
Dapatkan kurma mariami kualiti terbaik
Di Shopee

No comments:
Post a Comment