Wednesday, 24 June 2026

PEMBALUT BUAH

 
Buah perlu dibalut semasa di pokok untuk melindunginya daripada serangga perosak (seperti lalat buah), haiwan liar (burung atau tupai), dan jangkitan kulat. Praktis ini juga mengelakkan kerosakan fizikal akibat geseran dan membolehkan buah mendapat kualiti, warna, serta saiz yang optimum.

Lalat buah memang kecil, tetapi kesan serangan lalat buah boleh merosakkan buah sehingga hasilnya tidak sempat dipetik atau tidak sesuai lagi untuk dimakan.

Di kawasan yang terdapat burung gagak, membalut buah dapat mengelak ia dimakan burung yang dianggap bijak itu. Burung gagak biasanya hanya akan makan atau mencuri buah yang sudah masak.

Jika buah dibalut, burung gagak tidak dapat mengetahui mana buah yang telah masak. Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, burung gagak akan membelek atau mengoyak pembalut untuk melihat mana buah yang telah masak.

Antara buah yang perlu dibalut ialah mangga, belimbing besi dan jambu batu. Buah tersebut memang mudah terdedah kepada serangan lalat buah jika tidak dibalut.

Pembalut yang digunakan sama ada plastik sepenuhnya, kertas separa plastik, kertas atau jaring.

Dapatkan pembalut buah secara dalam talian  

Di Shopee







No comments:

Post a Comment