Monday, 15 June 2026

BIJI SELASIH BANYAK KHASIAT

 
Biji selasih kaya akan serat (pektin), antioksidan, mineral (kalsium, zat besi), dan asid lemak omega-3. Ia sangat berkhasiat untuk melawaskan pencernaan, membantu mengawal gula dalam darah, menurunkan kolesterol, mengenyangkan perut bagi tujuan diet, serta memberi kesan menyejukkan badan.

Biji selasih biasa dicampurkan dalam air minuman. Rasa biji selasih sedap apabila dicampurkan dalam apa jua jenis minuman. 

Biji selasih lengkap dengan nutrien berkhasiat untuk diet harian. Biji selasih lengkap dengan nutrien seperti kabohidrat, vitamin, mineral, lemak dan juga fiber. 

Antara khasiat biji selasih ialah menurunkan berat badan. Biji selasih kaya dengan fiber dan ia akan membuat rasa kenyang. Ini bagus untuk yang ingin mengawal nafsu makan. Tambah biji selasih di dalam minuman. Ia dapat membantu untuk kekal berdiet.

Biji selasih sangat baik untuk mengatasi gangguan pencernaan seperti sembelit, kejang perut, kembung perut dan masalah penghadaman. 

Ia juga mampu merendahkan suhu badan ketika cuaca terik. Ambil sahaja air kosong dicampur biji selasih. Anda akan rasa ia perlahan-lahan menyejukkan badan anda.

Biji selasih mampu melegakan sakit kepala, migrain, tekanan dan ketegangan urat. Biji selasih dapat mengatasi kegugupan, rasa bimbang berlebihan dan mudah marah. Ia mampu mengurangkan kegelisahan ataupun susah tidur.

Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah.

Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembung akan hilang dan anda akan rasa segar semula.

Dapatkan biji selasih secara dalam talian

Di Shopee

- BIJI SELASIH  SABJA SEED

- BIJI SELASIH 100G

- BIJI SELASIH 1KG

- BIJI SELASIH 500G

- BIJI SELASIH 250G

No comments:

Post a Comment