Monday, 22 June 2026

SERONDENG ASLI KAMPUNG LAUT

 
Serondeng (tetapi biasa dieja serunding - ejaan salah) merupakan sejenis masakan daripada siatan daging, ayam, ikan dan sebagainya yang dimasak bersama santan dan rempah-rempah sehingga kering, dan kadangkala berminyak agar tahan lama.

Serondeng dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul garing atau kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Serondeng atau dalam dialek Kelantan dipanggil 'sambal' yang dimasak kering boleh disimpan lama hingga satu tahun.

Lazim rasanya manis, berlemak, dan sedikit pedas bergantung pada penggunaan cili dan rempah.

Selain dimakan bersama nasi sebagai 'perisa', serondeng juga dijadikan inti untuk kuih. Ia juga dicampurkan ke dalam bubur, oak dan makanan dalam bentuk cair atau lembik. 

Setiap pengusaha serondeng memang ada resipi masing-masing, namun tidak banyak beza.

Dapatkan serondeng terkenal Kampung Laut secara dalam talian  

Di Shopee







No comments:

Post a Comment