Thursday 27 May 2021

KETAHUI KHASIAT KUNYIT

Khasiat dan manfaat kunyit tidak asing. Kunyit digunakan dalam menu masakan rakyat Malaysia sebagai perisa dan pewarna. Kebaikan kunyit juga digunakan sebagai ramuan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan. 

Kunyit baik dijadikan jus. Kunyit yang diguna adalah kunyit kampung biasa jadi ia merupakan bahan sebagai pemulihan ringan. 

Kunyit ada banyak jenis dan setiap itu berbeza fungsi maka kenalilah jenis kunyit yang diguna untuk elak daripada mendapat mudarat. 

Elak dari ambil kunyit mentah melainkan kunyit muda yang dihiris nipis kerana getahnya boleh memudaratkan. 

Kunyit tua yang dijadikan minuman perlu dihiris nipis, dikeringkan atau direbus terlebih dahulu.

Selain dijadikan jus, kunyit muda juga boleh dimakan sebagai ulam. 

Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam kunyit adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang untuk keperluan manusia.

Kelebihan dan kebaikan kunyit:
- Agen antibakteria semula jadi.
- Berguna dalam pembasmian luka dan kesan terbakar.
- Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru.
- Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak.
- Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. 
- Boleh mencegah berlaku pelbagai bentuk kanser yang berbeza.
- Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.
- Membantu dalam metabolisme lemak.
- Membantu dalam pengurusan berat badan.
- Menghentikan pertumbuhan barah.
- Sangat pantas dalam penyembuhan luka.
- Membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.
- Boleh membantu dalam rawatan psoriasis.
- Merawat keadaan kulit radang.

No comments:

Post a Comment