Dua
perkataan dialek Kelantan iaitu ‘bira’ dan ‘pata’, apabila digabungkan menjadi
frasa ‘bira pata’. Apa maksud perkataan perkataan itu?
Perkataan
‘bira’ ada bermaksud ‘tepi’. Manakala perkataan ‘pata’ adalah bermaksud ‘pantai’.
Jadi,
‘bira pata’ adalah bermaksud ‘tepi pantai’.
Bira
pata adalah kawasan yang sangat dekat dengan ombak pantai atau yang mampu
dicapai oleh ombak pada waktu ombak besar. Kawasan yang tidak terjangkau oleh
ombak, termasuk ketika ombak besar, tidak dipanggil bira pata.
Sebab
itu, perkataan ‘bira’ juga digunakan untuk merujuk kepada kawasan dekat yang dikenal
pasti keberadaan sesuatu benda yang dicari.
No comments:
Post a Comment