Keladi mawar popular di Malaysia. Ia sejenis keladi
yang bersaiz besar dengan kebanyakannya untuk tujuan digoreng atau dibuat
kerepek. Berat sebiji keladi mawar dari 2.5 kg - 3.5 kilogram.
Cara penanaman ubi keladi mawar sama seperti jenis keladi lain. Ia sama ada
menggunakan sulur yang telah tumbuh atau ubi yang kemudiannya akan keluar sulur
apabila ditimbus di dalam tanah.
Cara mudah menanam ialah membuat lubang dengan cangkul dan benih dimasukkan
kemudian ditimbus. Penggunaan baja bakar satu kaedah yang baik untuk keladi
mawar pada peringkat permulaan.
Keladi mawar boleh tumbuh di semua jenis tanah. Namun, jenis tanah gambut
adalah paling sesuai untuk tumbesaran.
Antara musuh tanaman keladi mawar adalah serangan serangga penghisap daun
terutama pada musim panas. Cara kawalan ialah dengan menggunakan larutan bawang
putih disembur ke bahagian pokok. Cara kawalan lain ialah dengan membakar daun
yang kering.
Keladi mawar dituai 7 bulan selepas ditanam. Kelewatan menuai akan menyebabkan
kualiti ubi menurun disebabkan ubi terlalu matang akan menjadi keras.
Isi dan batang keladi mawar sangat popular dalam masakan
tradisional Melayu kerana ia memberikan tekstur yang lembut, berkrim, dan
beraroma wangi.
Apabila dimasak (seperti dalam pengat atau kari), ia
menghasilkan rasa lemak manis yang sebati dengan kuah.
Jom tanam keladi mawar.
Dapatkan benih keladi mawar senang tumbuh
Di Shopee
- ANAK BENIH KELADI MAWAR MUDAH TUMBUH
- ANAK BENIH KELADI MAWAR TERENGGANU

.jpg)
No comments:
Post a Comment