Friday, 3 July 2026

TERAPI GUASA KAEDAH URUTAN TRADISIONAL

 
Terapi guasa (atau gua sha) adalah kaedah urutan tradisional menggunakan alat khas (seperti papan atau tanduk) untuk mengikis kulit. Ia melancarkan peredaran darah, membuang angin, dan membuang toksin dari dalam badan.  

Guasa diamalkan sebagai terapi merehatkan badan, mengesan penyakit dan merawat penyakit. Ia dilihat sebagai terapi pembaharuan molekul yang merangsang pembekalan oksigen, menyingkirkan toksin dan melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh.

Teknik guasa mudah. Ia boleh dilakukan di mana-mana. Boleh lakukan sendiri atau minta orang lain lakukan bagi tempat yang sukar dicapai seperti bahagian belakang badan. Ia boleh dilakukan dengan berpakaian atau tidak.

Orang tua yang terlalu uzur, terlantar sakit atau ibu mengandung tidak digalakkan melakukan guasa.

Cuma gesekan dilakukan mengikut usia dan personaliti individu. Jika seseorang itu muda dan kuat, gesekan boleh dilakukan secara lebih pantas dan sebaliknya.

Guasa bertindak seperti mengenal pasti titik-titik bahagian tubuh dalam akupunktur namun ia lebih mudah kerana ia bukan mengesan titik sebaliknya melakukan gesekan pada meridian titik iaitu garisan yang menghubungkan titik-titik bahagian badan itu.

Terapi asas guasa bukan sahaja dapat melegakan tekanan tubuh kerana ia dapat menyingkirkan toksin berupa sel-sel tubuh yang mati dan terhimpun pada tubuh yang mengganggu pengaliran darah.

Terapi juga dapat mengesan penyakit. Rawatan guasa merupakan langkah seterusnya yang sukar untuk dijelaskan di sini kerana gesekan perlu dilakukan di bahagian-bahagian tubuh berlainan dan melibatkan 400 penyakit termasuk migrain, sakit tulang, insomnia, barah payu dara, mati pucuk, buasir, masalah paru-paru, jantung, usus dan banyak lagi.

Terapi asas dimulakan dengan gesekan pada bahagian kepala. Kepala digesek menghala dari belakang ke depan bermula bahagian atas tengah diikuti kiri dan kanan kepala.

Gesekan dilakukan pada setiap bahagian di antara 20 hingga 30 kali. Jika gesekan berjalan lancar ia mungkin menunjukkan pesakit tidak ada masalah penyakit kepala seperti migrain.

Kemudian beralih ke bahagian belakang tubuh badan. Gesekan dilakukan pada tulang belakang dari atas ke bawah. Semasa gesekan dilakukan kelihatan warna-warna merah keluar dari tubuh badan pesakit.

Selepas selesai bahagian tulang belakang, ambil jarak dalam dua jari ke kiri badan dan lakukan gesekan di bahagian tersebut membentuk garisan selari dengan garisan tulang belakang tadi. Selepas itu, ambil jarak dua jari ke kanan badan dan buat perkara yang sama.

Bintik-bintik merah gelap dan lebam menunjukkan ada penyakit yang lebih serius. Misalnya, jika terdapat warna merah yang sangat teruk di garisan kanan badan, ia menunjukkan pesakit ada masalah paru-paru manakala di bahagian kiri badan menunjukkan masalah jantung.

Selepas itu, buat urutan terapi guasa di bahagian bahu dengan gerakan dari dalam ke luar bermula dengan bahu kiri dan kemudian bahu kanan. Kawasan ini menunjukkan masalah usus.

Setiap sesi urutan terapi penuh mengambil masa kira-kira 30-45 minit. Akibat urutan itu akan menghasilkan garis-garis merah seperti birat. Walaupun ia nampak seperti birat namun ia tidak pedih apabila disentuh atau terkena air,

Guasa juga boleh dilakukan untuk kecantikan wajah dengan melakukan terapi wajah guasa. Gesekan lembut pada wajah mampu menjadikan wajah lebih awet muda. Gesekan 10 kali dilakukan pada bahagian-bahagian muka.

No comments:

Post a Comment