Pokok
ketum atau nama saintifiknya mitragyna speciosa, juga dikenali sebagai kratom
banyak tumbuh di kawasan utara dan timur Semenanjung Malaysia. Di sesetengah
tempat, pokok ketum juga dipanggil sebagai pokok biak.
Daun
ketum mengandungi bahan aktif mitragynine, iaitu sejenis alkaloid psikoaktif.
Daun
ketum yang direbus dengan air kosong, memberi kesan tenang apabila fungsi otak
menjadi sedikit perlahan atau lembap. Ia juga menyebabkan kesan keseronokan
yang ketara, halusinasi dan khayalan.
Sebab
itulah ada penagih dadah mencampurkan air rebusan ketum dengan bahan lain
seperti ubat batuk untuk lebih kick. Ya, ketum boleh membuatkan seseorang
menjadi ketagih dan tanda-tanda ketagihan mula kelihatan seawal 28 jam selepas
pengambilannya.
Antara
gejala penyalahgunaan ketum yang lebih serius adalah kesulitan membezakan
kenyataan dan imaginasi, halusinasi untuk tempoh yang agak lama, kelakuan
agresif, mudah bermusuhan, kuat membenci orang lain dan menjadi keliru dengan
pemikiran sendiri.
Majlis
Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan hukum bahawa ketum adalah haram. Ini
berdasarkan mafsadah dan mudarat yang lebih besar berbanding manfaatnya.
Daun
ketum meskipun ada faedahnya, namun mafsadahnya (kerosakan) lebih besar dan
tidak hairanlah kerajaan Malaysia juga telah mengharamkannya melalui Akta Racun
1952, Seksyen 30 (3) dengan menyebutnya sebagai bahan psikotropik.
Ini
juga secara tidak langsung kaedah sad al-Zari’ah (menutup jalan-jalan mudarat)
yang telah digunakan bagi membendung permasalahan penyalahgunaan daun ketum.
Terdapat
beberapa perkongsian dalam media sosial yang mencadangkan air rebusan ketum
sebagai ubat alternatif untuk pesakit Covid-19. Kononnya ia amat berkesan dalam
menyembuhkan pesakit ini.
Apalagi
bentuk buahnya macam virus korona yang dikata telah dicipta Allah untuk menyembuhkan
pesakit Covid-19.
Sebenarnya
sudah banyak kajian saintifik dilakukan ke atas ketum. Namun, tiada lagi yang
menyebut bahawa air rebusan daun ketum adalah antivirus atau mampu menghalang
virus, apatah lagi Covid-19.
No comments:
Post a Comment