Saturday, 4 June 2016

BERMULA DARI ZERO MELANGKAH JADI HERO

Perniagaan Berbilang Peringkat (MLM), merujuk kepada rancangan perniagaan yang menetapkan pangkat berbeza yang menentukan kadar bonus diperolehi juga berbeza.

Ada syarat jualan dan penajaan ditetapkan untuk membolehkan seseorang naik pangkat. Semua orang melalui kaedah sama untuk naik pangkat.

Dalam MLM tidak bergantung kepada kelulusan akademi dan pengalaman. Bermula dari 'zero' melangkah menjadi 'hero'.

Apa yang penting berusaha membina rangkaian yang kukuh. Terus istiqamah dan tidak mudah menyerah kalah.

Menyertai MLM tidak perlu modal besar ribu-ribu. Masuk ahli biasanya sekadar RM50.

Plan pemasaran yang disediakan untuk membantu anda membina perniagaan sendiri melalui penjualan produk dan penajaan.

Pengedar baru kemudiannya akan menjual produk dan menawarkan peluang perniagaan kepada orang lain.

Menjual dan menaja adalah ciri utama dalam MLM. Anda perlu membeli produk. Tidak kiralah sama ada untuk diguna sendiri mahupun dijual. Itu satu komitmen anda dalam MLM.

Mengguna produk berkualiti, anda pasti puas hati dan terus menggunakan. Dengan keyakinan itu, anda akan memperkenalkan produk yang sama kepada orang lain.

Pada masa sama, pembeli itu mungkin pula berminat untuk turut menjadi pengedar di bawah anda.

Dengan menyampaikan kebaikan produk dan ilmu pemasaran kepada ahli kumpulan, anda bukan sahaja membina rangkaian perniagaan sendiri, malah membantu orang lain membina perniagaan mereka.

Perniagaan anda berkembang, pulangan turut akan bertambah. Tanpa modal besar anda boleh berjaya asalkan ada kemahuan mencapai apa diimpikan.

No comments:

Post a Comment