Tuesday 26 December 2017

Menjawab tuduhan kata MLM menipu

Perniagaan Berbilang Peringkat (MLM) menipu. Itu tuduhan jika ada orang mengajak menyertai MLM.

Teruk tuduhan itu. Tetapi tuduhan mengatakan MLM menipu sudah biasa diterima di kalangan mereka yang ingin menaja atau mengajak orang lain menyertai MLM.

Mengapa wujud tuduhan itu? Puncanya kerana ada wakil MLM yang bertindak tidak menepati peraturan ditetapkan oleh syarikat dan Akta Jualan Langsung.

Antara penipuan dilakukan ialah 'memaksa' ahli agar membeli dalam jumlah yang besar. Tujuannya untuk cepat naik pangkat dan dapat bonus besar.

Mereka dijanjikan dengan pelbagai kebaikan dan ganjaran. Bahkan ada yang tanpa pengetahuan syarikat menawarkan ganjaran lain selain apa dijanjikan atau peraturan yang ditetapkan.

Untuk mencapai apa dijanjikan, mereka perlu melabur sejumlah besar wang. Sampai puluhah ribu. Bagi kakitangan kerajaan atau bergaji tetap, mereka akan membuat pinjaman koperasi atau bank.

Yang berjaya mendapat apa dijanjikan, tentu senyum lebar. Malangnya, bilangan yang mendapat apa yang dijanjikan tidak ramai. Majoriti gagal terus. Lebur dan musnah segala impian. Lalu dituduh MLM menipu.

Syarikat MLM tidak menipu. Yang menipu 'upline' yang ingin cepat kaya.

Cara hendak kenal upline menipu ialah apabila menjanjikan pulangan besar dan mudah. Dijanjikan tidak perlu menaja dan menjual. Modal diperlukan besar sehingga beribu-ribu dan ada mencecah puluhan ribu.

Rancangan perniagaan MLM yang diluluskan kerajaan bukan begitu. Perniagaan MLM melibatkan penajaan dan menjual.

Modal menyertai MLM sekadar beberapa puluh ringgit. Sekitar RM50 sahaja. Itupun ada syarikat menawarkan produk percuma apabila membayar pendaftaran.

Hendak berjaya dalam MLM kenalah gigih berusaha dan melakukan syarat untuk menaik pangkat dan dapat bonus.

Jika mengikut apa yang ditetapkan, anda akan berjaya. Insya Allah. 

Monday 25 December 2017

Inspirasi motivasi kejayaan orang lain

Satu satu hendak berjaya ialah ambil inspirasi dari orang yang telah berjaya. Jadikan kejayaan orang lain sebagai satu motivasi.

Di sini ambo salin dan tampal status di sosial seorang yang mengambil inspirasi dari kejayaan orang lain.

Mari kita ambil inspirasi dari kejayaan Nurhazirah Mohd Radzi, seorang bekas guru baru berusia 29 tahun(2017).

Pencapaian tertinggi adalah penerima CDM Excellence Awards 2017 yang mana pendapatan sebulan mencecah RM95,000.

Wow... banyak tu. Satu jumlah yang tidak mampu dicapai dalam setahun atau dua tahun jika terus bekerja sebagai guru.

Kejayaannya menjadi sumber inspirasi buat mereka yang ingin menggapai kejayaan sepertinya. Dia bukan melalui jalan mudah mencapainya, melainkan dengan azam dan semangat kental.

Berpegang kepada prinsip, dalam dunia ni, ada orang yang sayang kita, dan ada orang yang kita sayang. Orang yang sayang kita akan banyak bagi pesanan dan ingatan. 


Jika orang itu tidak menerima pesanan dan ingatan kita, bukan dia orang tak suka, tapi sebab belum faham. Jadi, kita buatlah betul-betul.

Buktikan kepada orang yang kita sayang dengan kejayaan demi kejayaan. Bukannya kita nak kata mereka salah, tapi kita nak tunjukkan bahawa pilihan kita adalah tepat.

Ayuh bangkit kita buktikan bahawa apa yang kita impikan boleh jadi realiti. Duit bukan segala-galanya tapi hidup memerlukan duit. Bila ada duit banyak yang kita boleh buat. Betul tak?

Jom bermula dari sekarang. Rugi sangat kalau bermula lambat-lambat. Biz Online dengan hanya bermodal RM50.

Jadikan kejayaan individu lain untuk berjaya. Semoga anda mendapat motivasi untuk berjaya. 

Kuasa media sosial jual diri

Media sosial kini menjadi medium untuk jual nama. Jika anda menyertai apa-apa jenis perniagaan, macam sudah jadi satu perkara wajib ada akaun media sosial. Tidak kisahlah sama ada Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Melalui media sosial boleh update aktiviti dijalankan. Kena cerita tentang kejayaan yang dilakukan. Dengan cara itu baru ada orang berminat untuk sertai atau membeli produk.

Di sini disalin dan ditampal satu status dalam laman sosial:

Pelik bisness ni.. Penuh keta ade lg yg nk summit order ni.. Eh korang makan sabun ke? Korang mandi maharani ke? Ke korang kilang kopi skrg ni? Hahaha 

Sbb tu bungo ckp.. Xmula xtau xmula xcinta dgn bisness ni!! Bisness simple sale terkumpul bonus masyuk setiap bulan perhhh mmg syiokk oooii.. Nak tahu mcm mana nk mulakan bisness laku keras ni meh inbox bungo skrg!

Eh bungo ade bau org naek SM la.....

Sama ada anda faham atau tidak tulisan di atas, cara pendekatan masing-masing. Yang penting, status mesti di muat turun kerana pasti ada 'peminat' yang faham dan tertarik dengannya.  

Sunday 24 December 2017

Kejayan menanti orang sanggup berusaha keras

Menyertai Pemasaran Berbilang Peringkat (MLM) bukan jalan mudah mendapat kekayaan. Namun MLM telah terbukti menghasilkan ribuan jutawan.

Mereka yang berjaya menempuh perjalanan penuh liku sebelum berjaya. Mereka melakukan secara bersungguh-sungguh dan ada matlamat untuk capai kejayaan.

Jadi, jika ada menjanjikan kekayaan tanpa menaja, tanpa menjual, tidak perlu nilai minima untuk layak dapat bonus, keuntungan dalam masa singkat dan pelbagai janji manis, maka itu skim cepat kaya.

Hendak menyertai MLM tidak perlu modal besar. Biasanya sekadar RM50 untuk pendaftaran jadi ahli dan Kit Permulaan untuk dijadikan panduan dalam berniaga.

Jika kena bayar beratus-ratus, malah ada sampai beribu-ribu hingga puluhan dan ratusan ribu, itu sudah niaga benda lain. Ramai yang tertipu dan rugi.

Ingatlah, tiada jalan mudah untuk berjaya. Tetapi tidak ada halangan untuk berjaya kepada mereka yang gigih dan tidak mudah menyerah kalah.