Monday 25 December 2017

Kuasa media sosial jual diri

Media sosial kini menjadi medium untuk jual nama. Jika anda menyertai apa-apa jenis perniagaan, macam sudah jadi satu perkara wajib ada akaun media sosial. Tidak kisahlah sama ada Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Melalui media sosial boleh update aktiviti dijalankan. Kena cerita tentang kejayaan yang dilakukan. Dengan cara itu baru ada orang berminat untuk sertai atau membeli produk.

Di sini disalin dan ditampal satu status dalam laman sosial:

Pelik bisness ni.. Penuh keta ade lg yg nk summit order ni.. Eh korang makan sabun ke? Korang mandi maharani ke? Ke korang kilang kopi skrg ni? Hahaha 

Sbb tu bungo ckp.. Xmula xtau xmula xcinta dgn bisness ni!! Bisness simple sale terkumpul bonus masyuk setiap bulan perhhh mmg syiokk oooii.. Nak tahu mcm mana nk mulakan bisness laku keras ni meh inbox bungo skrg!

Eh bungo ade bau org naek SM la.....

Sama ada anda faham atau tidak tulisan di atas, cara pendekatan masing-masing. Yang penting, status mesti di muat turun kerana pasti ada 'peminat' yang faham dan tertarik dengannya.  

No comments:

Post a Comment