Tuesday 26 December 2017

Menjawab tuduhan kata MLM menipu

Perniagaan Berbilang Peringkat (MLM) menipu. Itu tuduhan jika ada orang mengajak menyertai MLM.

Teruk tuduhan itu. Tetapi tuduhan mengatakan MLM menipu sudah biasa diterima di kalangan mereka yang ingin menaja atau mengajak orang lain menyertai MLM.

Mengapa wujud tuduhan itu? Puncanya kerana ada wakil MLM yang bertindak tidak menepati peraturan ditetapkan oleh syarikat dan Akta Jualan Langsung.

Antara penipuan dilakukan ialah 'memaksa' ahli agar membeli dalam jumlah yang besar. Tujuannya untuk cepat naik pangkat dan dapat bonus besar.

Mereka dijanjikan dengan pelbagai kebaikan dan ganjaran. Bahkan ada yang tanpa pengetahuan syarikat menawarkan ganjaran lain selain apa dijanjikan atau peraturan yang ditetapkan.

Untuk mencapai apa dijanjikan, mereka perlu melabur sejumlah besar wang. Sampai puluhah ribu. Bagi kakitangan kerajaan atau bergaji tetap, mereka akan membuat pinjaman koperasi atau bank.

Yang berjaya mendapat apa dijanjikan, tentu senyum lebar. Malangnya, bilangan yang mendapat apa yang dijanjikan tidak ramai. Majoriti gagal terus. Lebur dan musnah segala impian. Lalu dituduh MLM menipu.

Syarikat MLM tidak menipu. Yang menipu 'upline' yang ingin cepat kaya.

Cara hendak kenal upline menipu ialah apabila menjanjikan pulangan besar dan mudah. Dijanjikan tidak perlu menaja dan menjual. Modal diperlukan besar sehingga beribu-ribu dan ada mencecah puluhan ribu.

Rancangan perniagaan MLM yang diluluskan kerajaan bukan begitu. Perniagaan MLM melibatkan penajaan dan menjual.

Modal menyertai MLM sekadar beberapa puluh ringgit. Sekitar RM50 sahaja. Itupun ada syarikat menawarkan produk percuma apabila membayar pendaftaran.

Hendak berjaya dalam MLM kenalah gigih berusaha dan melakukan syarat untuk menaik pangkat dan dapat bonus.

Jika mengikut apa yang ditetapkan, anda akan berjaya. Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment