Sunday 24 December 2017

Kejayan menanti orang sanggup berusaha keras

Menyertai Pemasaran Berbilang Peringkat (MLM) bukan jalan mudah mendapat kekayaan. Namun MLM telah terbukti menghasilkan ribuan jutawan.

Mereka yang berjaya menempuh perjalanan penuh liku sebelum berjaya. Mereka melakukan secara bersungguh-sungguh dan ada matlamat untuk capai kejayaan.

Jadi, jika ada menjanjikan kekayaan tanpa menaja, tanpa menjual, tidak perlu nilai minima untuk layak dapat bonus, keuntungan dalam masa singkat dan pelbagai janji manis, maka itu skim cepat kaya.

Hendak menyertai MLM tidak perlu modal besar. Biasanya sekadar RM50 untuk pendaftaran jadi ahli dan Kit Permulaan untuk dijadikan panduan dalam berniaga.

Jika kena bayar beratus-ratus, malah ada sampai beribu-ribu hingga puluhan dan ratusan ribu, itu sudah niaga benda lain. Ramai yang tertipu dan rugi.

Ingatlah, tiada jalan mudah untuk berjaya. Tetapi tidak ada halangan untuk berjaya kepada mereka yang gigih dan tidak mudah menyerah kalah.

No comments:

Post a Comment