Sunday 16 February 2020

ITIK TIDAK TAHAN SEJUK

Itik sinonim dengan air. Itik pandai berenang dan suka kepada air. Ada peribahasa 'seperti mengajar itik berenang' yang bermaksud satu perbuatan yang sia-sia kerana itu sememangnya sudah pandai berenang.

Tetapi betulkah itik suka kepada air dan jika memelihara itu perlu membuat kolam bagi memberi peluang itik berenang?

Secara umumnya memang itik suka main air dan suka berenang. Namun, tidak semua jenis itu bersifat sedemikian. Ada jenis itu yang tidak minat sangat hendak berenang dan tidak tahan kepada hujan.

Jenis itik penelur atau itik khaki campbell sebenarnya tidak perlu kepada kolam untuk berenang dan tidak tahan cuaca hujan. Jika hujan berterusan beberapa jam dan itik tidak berada di dalam reban yang terbumbung, itik khaki campbell akan mati kesejukan.

Sebab itu, ada penternak itik penelur hanya perlu menyediakan makanan dan air minuman yang sekukupnya dan apabila tiba masanya itu berkenaan akan bertelur dengan baik. 

Namun, untuk mengelak reban itik berbau busuk, biasanya penternak itik penelur akan menyediakan kolam atau bekas yang berisi air untuk itik membasahkan badan walaupun bukan dalam erti kata 'suka' main air.

Itu yang kita lihat suka bermain air di tasik atau pada waktu hujan ialah dari jenis itik nila atau serati. Itik jenis ini lasak dan mempunyai ketahanan untuk berdepan perubahan cuaca, termasuk hujan yang berterusan.

No comments:

Post a Comment