Friday 7 February 2020

TINDAKAN BAHAYA AKIBAT NYANYUK

Nyanyuk atau hilang akal boleh mendatangkan bahaya kerana individu berdepan situasi tersebut tanpa sedar melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain.

Contohnya kes yang berlaku pada 06-02-2020 yang mana satu video warga emas yang menunggang motosikal secara melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan tular di media sosial.  

Hasil laporan orang awam serta pihak PLUS, pihak polis peronda yang membuat pemantauan kes tersebut berjaya menahan seorang warga emas berusia 73 tahun.

Pihak polis mendapati tindakan warga emas itu dipercayai kerana hilang ingatan atau nyanyuk.

Berdasarkan keadaan suspek yang nyanyuk, dia dilepaskan atas jaminan polis dengan keluarga diminta mengambilnya di IPD Kulai.

Bagaimanapun, polis tetap menyiasat kes itu mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang nyanyuk memang tidak sedar apa yang dilakukan. Justeru, ahli keluarga dan orang yang mengetahui mengenainya perlu mengawal pergerakan individu berkenaan.

Halang mereka daripada melakukan sesuatu perbuatan yang boleh mendatangkan bahaya. Biarpun kes nyanyuk ini tidak berlaku sepanjang masa bagi individu tertentu, ia bukan alasan untuk mengambil mudah soal pengawasan.

No comments:

Post a Comment