Wednesday 16 December 2020

BUAH MATOA ADA TIGA RASA

Buah matoa (Pometia pinnata) atau buah tiga rasa mula mendapat tempat di hati pengusaha tanaman buah-buahan di Malaysia. Tiga rasa dimaksudkan ialah durian, laici dan rambutan. Buah matoa juga dikenali dengan nama buah kasai dan buah longan brazil, buah taun dan buah kristal.

Pokok ini natif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Tumbuhan ini juga adalah spesis pokok kayu keras tropika yang besar. 

Ia mampu tumbuh sehingga ketinggian lebih 30 meter (100 kaki) dengan mempunyai daun berbentuk pinnate di mana pokok ini mampu menghasilkan buah yang boleh dimakan berwarna hijau kekuningan dan merah gelap apabila masak.

Buah matoa berukuran 4 cm panjang mengandungi isi yang seakan buah longan atau laici di mana manis serta banyak khasiatnya. Sebab itu ia dikenali buah longan brazil.

Benih boleh ditanam daripada biji matoa yang disemai dalam semaian sehingga ia sesuai untuk dipindahkan. Pokok buah matoa ini sesuai dengan cuaca Malaysia yang ada hujan dan panas dengan sinaran cahaya matahari yang banyak.

Pokok ini mempunyai akar tunjang dengan mampu tumbuh dengan ketinggian 20 - 40 meter dan diameter batang sehingga maksima akan dapat mencapai 100 cm. 

Pokok ini berbunga sekali dalam setahun dengan masa buah untuk matang sekitar 4 bulan.

Buah matoa ini mempunyai kulit keras berwarna hijau, merah dan hitam dengan bentuk bulat lonjong dengan panjang sekitar 5 - 6 cm. 

Buah masak memberikan cita rasa manis dan wangi seperti kombinasi di antara buah rambutan, longan dan laici.

Buah matoa memiliki khasiat yang cukup banyak, terutama vitamin C yang mampu meningkatkan tahap ketahanan tubuh yang lemah dan berfungsi meningkatkan antioksidan yang mampu untuk mencegah kanser. 

Buah matoa juga mengandungi vitamin E yang berguna sebagai agen untuk menghilangkan tekanan (stress), meningkatkan kesuburan dan meminimakan potensi dari terkena sakit jantung.

Namun demikian juga perlu diingat kandungan glukos dalam buah matoa juga cukup tinggi yang jika dimakan terlalu banyak akan boleh menyebabkan pening kepala atau pun sehingga ketahap mabuk.

Pokok matoa akan berbuah apabilat usianya sekitar 4-5 tahun. Pokok yang ditanam dari biji benih buat pertama kali menghasilkan buah walau pun pada peringkat awal ia agak rendah penghasilan buahnya.

Semasa muda lazimnya pokok matoa ini masih rendah ia boleh dipetik gunakan tangan.

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete