Tuesday 26 October 2021

KEISTIMEWAAN MASYARAKAT ORANG ASLI

 
Perkataan Orang Asli ini berasal daripada perkataan generik di dalam Bahasa Melayu yang digunakan secara meluas di Malaysia yang bermaksud orang asal yang menduduki di semenanjung Tanah Melayu sejak daripada zaman dahulu lagi.

Mereka merupakan suku kaum asal yang menetap di Tanah Melayu.

Secara keseluruhan dan rasmi mengikut kajian yang telah dilakukan, terdapat sekurang-kurangya 18 suku dari etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu.

Mereka ini terbahagi kepada 3 kumpulan utama berdasarkan genetik dan asal usul iaitu pertama, Semang (Negrito), biasanya mereka menetap dalam lingkungan bahagian utara Semenanjung. Kedua, Senoi, menetap di bahagian tengah semenanjung. Akhir sekali, Proto-Malay (Melayu Asli) yang menetap di wilayah selatan Semenanjung.

Orang Asli adalah sangat sinonim dengan cara hidup di dalam hutan, mereka tidak gentar untuk berhadapan dengan binatang buas atau tinggal bersendirian di dalam hutan.

Pengetahuan mereka tentang selok belok hutan da nisi penghuninya jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan masyarakat yang hanya membaca tentang hutan. Ini kerana golongan Orang Asli bukan sahaja membesar dan dilahirkan di dalam hutan, malah keseluruhan hidup mereka adalah tentang hutan.

Kebiasannya mereka tinggal dalam satu kelompok yang kecil di mana kadar populasi sesebuah kampung di sini ialah lebih kurang didiami dari 50 sehingga 100 orang membuatkan mereka benar-benar akrab dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Orang Asli merupakan masyarakat yang tidak mementingkan diri, mereka sentiasa mengingati masyarakat mereka yang berada di kampung dan mereka juga tidak sesekali lupa daratan jika mendapat kehidupan lebih baik.

Masyarakat Orang Asli ini merupakan masyarakat yang arif akan kehidupan survival kerana ini merupakan kepakaran mereka.

Selok belok hutan juga sudah berada di kepala mereka dan sekiranya mereka sesat di dalam hutan, mereka tidak akan mudah gelisah malah mereka pasti akan mencari jalan keluar. Itulah juga perilaku Orang Asli yang tidak muddah mengalah dalam melakukan sesuatu perkara.

Gambar: Kraf tangan dihasilkan oleh Orang Asli

No comments:

Post a Comment