Saturday 28 May 2022

SABAH TERUS MAJU

 
Sabah terus maju jaya. Banyak pembangunan dilaksanakan di negeri tersebut, termasuk dalam soal pembinaan jalan penghubung yang banyak membantu merancakkan aktiviti ekonomi dan pembangunan sesuatu kawasan.

Antara projek giat dilaksanakan ialah projek menaik taraf jalan dari Inanam ke Sepanggar termasuk pembinaan 6 jambatan, membina 2 lorong 2 hala sepanjang 9.9km di WPC07, Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Pun begitu satu cabaran terpaksa dihadapi ia berlakunya tanah runtuh atau kerosakan cerun. Contohnya apa yang berlaku di KM88.0 Jalan Kota Kinabalu – Ranau. Pembaikian sementara telah dilakukan dengan kos RM4.5 juta. Permohonan untuk pembaikian kekal telah dipohon.

Jelas sekali Kerajaan Persekutuan tidak menyisihkan Sabah daripada arus pembangunan negara.

No comments:

Post a Comment