Rezeki
datang dalam macam-macam bentuk. Rezeki makan paling banyak kita nikmati. Pagi
petang siang malam. Kalau bukan kita beli atau masak sendiri, ada kawan-kawan
yang belanja.
Pada
setengah individu, soal makan menjadi keutaman. Sanggup pergi ke mana sahaja
tempat ada makanan sedap. Sanggup berbaris panjang, tidak kira hujan atau
panas. Bayar harga kayangan pun tidak mengapa. Apa yang penting dapat makan yang
hendak dimakan.
Makanlah
apa yang hendak dimakan. Namun berhati-hatilah dengan rezeki makan. Disebabkan
tidak kawal makan, banyak masalah yang timbul kemudian.
Mengisi
perut tanpa had akan menyebabkan banyak punca penyakit berbahaya. Apabila sudah
kena penyakit, rezeki makan tidak ada lagi. Kena pantang. Tidak boleh makan
sebarangan lagi.
Berhati-hatilah
dengan rezeki makan. Bersyukurlah...
No comments:
Post a Comment