Darwin
mengasaskan teori evolusi (perubahan secara beransur-ansur) pada 1859 yang
mencetuskan pemikiran bahawa manusia berasal daripada beruk. Mengikut kajian
mendapati manusia yang terawal dipercayai wujud sejak 100,000 tahun lalu.
Manusia
purba hidup secara liar dan tinggal di dalam gua. Mereka sering bergaduh
merebut makanan. Dengan kata lain, manusia purba hidup seperti haiwan iaitu
siapa yang kuat dia akan menang dan terus hidup.
Manakala
yang lemah akan menjadi mangsa kepada yang lebih gagah dan perkasa. Manusia
purba hidup dengan ringkas sekali kerana pada masa itu belum lagi wujud suasana
tamadun. Mereka makan makanan yang mentah dan meratah binatang secara
hidup-hidup.
Pakaian
manusia purba diperbuat daripada kulit kayu untuk melindungi tubuh daripada
kesejukan dan serangan serangga berbisa. Apabila manusia semakin pandai dan
mengumpul pengalaman hidup, maka cara hidup pun berubah kepada keadaan lebih
baik.
Perubahan
ini berlaku mengambil masa yang lama dan berlaku secara evolusi.
Pakar
sejarah membahagikan tahap zaman kehidupan manusia kepada beberapa zaman yang
dikenali zaman batu, besi, gangsa dan sebagainya.
Bentuk
badan manusia yang terawal dipercayai berada dalam keadaan yang bengkok atau
melengkung dan berjalan seperti monyet. Manakala badan pula dipenuhi
dengan bulu yang lebat dan kelihatan seakan-akan orang utan. Bentuk tengkorak
tidak jauh beza dengan tengkorak monyet.
Sesungguhnya
Allah mencipta manusia untuk dijadikan khalifah di muka bumi. Ciptaan itu
disempurnakan tanpa melalui proses yang panjang. Terciptanya Adam dengan
keadaan sempurna sepertimana manusia hari ini, tanpa proses evolusi yang
dianuti oleh golongan yang tidak mempercayai kekuasaan Allah.
Ketika
Adam mula dicipta, keupayaan akalnya telah sempurna. Seluruh generasi
manusia telah tersedia akal yang sempurna seperti manusia sekarang. Apa
membezakan manusia dahulu ialah dari segi ilmu dan tamadun.
Sebagai
persediaan untuk Adam menjadi khalifah di muka bumi, terlebih dahulu Allah
mengajar Adam (ketika masih di syurga) mengenai perkara apa yang ada di bumi.
Ilmu ini tidak diajarkan kepada iblis dan malaikat.
Firman
Allah yang bermaksud: “Telah mengajar Nabi Adam nama-nama benda seluruhnya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 31).
No comments:
Post a Comment