Minda perlu memandang jauh, biarpun fizikal
tidak mampu pergi. Itulah suasana di pantai. Kita berada di pantai akan
menghadap atau memandang pantai dengan penuh bererti. Gelanggang hidup ini luas
yang boleh kita teroka, biarpun dalam keterbatasan yang nyata.
Bermainlah di pantai. Bawa ahli keluarga
dan anak-anak. Mereka akan melihat alam yang luas, tetapi tahu erti
keterbatasan.
Lalu, mereka hanya akan bermain-main di
tepi pantai. Mereka akan bermain di gigi air atau ombak. Ada tanah, pasir,
kulit kerang, daun kering, ranting kering dan mungkin juga sampah hanyut.
Di sesetengah tempat mereka berpeluang
untuk menangkap ketam ragi, ketam pasir, umang-umang, lala, udang dan pelbagai
jenis siput.
Mereka berpeluang membina istana pasir atau
apa-apa bentuk yang digambarkan untuk dibina.
Main pantai macam ni, dapat turunkan hormon
tekanan perasaan dalam badan anak. Hidup lebih ceria dan untuk beberapa ketika
selepas akitiviti pantai, mereka akan lebih tenang dan gembira.
No comments:
Post a Comment