Friday 10 February 2023

SERONOK AJAK KAWAN MAKAN BERSAMA

 
Kita biasa muat naik gambar sedang makan bersama-sama kawan. Maka, yang tidak bersama pula akan komen ‘tidak ajak’ atau ‘kena tinggal doh dan komen-komen lain. Si pengirim pula akan menjawab berjanji akan ajak kemudian.
 
Di media sosial juga kerap diajak untuk mengopi atau mengeteh (minum dan makan bersama di kedai kopi). Ajakan itu pasti akan mendapat sambutan. Mereka berjanji berjumpa di mana-mana restoran pilihan. Kena pergi jauh pun tidak menjadi masalah.
 
Begitulah menarik dan meriahkan apa-apa yang dikaitkan dengan makan dan bersama-sama rakan-rakan. Memang elok begitu.
 
Tetapi diperhatikan jarang kita berkongsi gambar berada di masjid atau majlis ilmu. Alasannya, nanti dikatakan riak melakukan ibadah pula. Takut digelar tok lebai atau tok imam.
 
Ajakan “jom masjid” pun jarang kita temui. Pergi senyap-senyap. Kawan tidak marah kalau kita tidak ajak mereka.
 
Itulah bezanya “meriah” makan bersama rakan berbanding bertemu di masjid.

No comments:

Post a Comment