Minyak terapi gaharu (oud). Sejenis minyak aromatik bernilai tinggi
yang digunakan secara meluas untuk haruman premium (pewangi), terapi
alternatif untuk menenangkan fikiran dan bahan perubatan tradisional.
Ia juga sering digunakan dalam ritual keagamaan serta menghasilkan produk
penjagaan diri seperti sabun, syampu, dan losen.
Ia diekstrak daripada resin kayu pokok gaharu. Terkenal
sejak zaman purba untuk aromaterapi dan perubatan, ia diproses melalui kaedah
penyulingan wap.
Minyak gaharu digunakan dalam rawatan aromaterapi dengan aroma
gaharu yang menenangkan mampu mengurangkan stres, kecelaruan, kemurungan dan
membantu merawat masalah sukar tidur.
Dalam perubatan tradisional, ia dipercayai mampu merawat
masalah pernafasan seperti batuk, kahak, sakit tekak, lelah, dan juga digunakan
untuk merawat sakit perut.
Dalam amalan rohani dan tradisional, kayu dan minyak gaharu
digunakan untuk menghindarkan gangguan makhluk halus, sihir, dan meningkatkan
kekuatan akal.
Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat
antimalaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan
selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit
badan dan sakit perut.
Dapatkan minyak terapi gaharu secara dalam dalam talian.
Di Shopee

No comments:
Post a Comment