Monday, 25 April 2022

PCAK MUDAHKAN BANTUAN KEPADA ASNAF

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) bersedia menjadi penghubung penyumbang dengan asnaf dengan cara menerima sumbangan dan kemudian diserahkan kepada asnaf.

Bentuk sumbangan itu sama ada berupa wang atau apa-apa barang yang ingin diserahkan.

Wakil PCAK berjalan melalui lorong kecil demi untuk sampai ke rumah asnaf. Apa yang penting, amanah penyumbang disampaikan kepada asnaf.

Terima kasih kepada penyumbang. Sumbangan anda mengembirakan asnaf dan satu kepuasan kepada wakil PCAK diberike kepercayaan melaksanakan amanah.  

Anda juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai sahabat atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment