Limau kesturi kawal tekanan darah.
Limau kesturi atau juga dikenali kalamansi boleh membantu
mengawal tekanan darah tinggi, tetapi ia bertindak sebagai amalan sokongan dan
bukannya ubat penyembuh mutlak untuk merawat penyakit tersebut.
Secara saintifik dan tradisional, limau kesturi mempunyai
beberapa kandungan aktif yang menyokong kesihatan kardiovaskular.
Limau kesturi mengandungi sebatian vitexin, iaitu sejenis
antioksidan yang dikaji dapat membantu menurunkan tekanan darah dan menjaga
kesihatan jantung.
Kandungan kalium di dalam limau kesturi berfungsi
mengimbangkan paras natrium (garam) di dalam badan dan meregangkan dinding
saluran darah, sekaligus membantu menurunkan tekanan darah.
Kandungan antioksidan yang tinggi daripada phloretin dan vitamin
C di dalam limau kesturi membantu mengurangkan keradangan serta mengekalkan
keanjalan saluran darah.
Biarpun limau kesturi dapat membantu mengurangkan atau
mengawal tekanan darah tinggi, ia bukannya ubat.
Jadi, amalan pengambilan buah limau kesturi bukan sebgai pngganti
ubat dibekalkan oleh doktor.
Bagi mereka yang telah didiagnosis menghidap darah tinggi
dan dibekalkan ubat berkaitan darah tinggi, jangan sesekali menghentikan ubat
tersebut untuk digantikan dengan air perahan limau kesturi.
Pastikan air limau kesturi yang diminum tidak dicampur gula
putih atau susu manis.
Pengambilan gula berlebihan boleh meningkatkan berat badan
dan memburukkan lagi bacaan darah tinggi.
Sifat asid sitrik dalam limau kasturi boleh memicu sakit
gastrik atau pedih ulu hati jika diambil secara berlebihan semasa perut kosong.
Bagi mengawal darah tinggi dengan berkesan, amalan ini
mestilah digabungkan dengan gaya hidup sihat seperti mengurangkan pengambilan
garam, bersenam secara konsisten, dan mengawal tekanan emosi.
Dapatkan jus limau kesturi di Shopee.

No comments:
Post a Comment