Perkembangan dunia
perniagaan online atau atas talian semakin meningkat. Keadaan ini mengambil kesempatan dengan
kemudahan internet yang rata-rata dimiliki penduduk Malaysia sekurang-kurangnya
dengan menggunakan telefon pintar.
Tambahan pula, kerajaan
sentiasa menggalakkan agar golongan muda menceburi dunia perniagaan atas talian
yang dilihat memberi peluang amat besar. Majoriti golongan muda memiliki
kemahiran menggunakan gejet telekomunikasi.
Perniagaan secara online
tidak sukar untuk dilakukan, biarpun diakui tidak mudah untuk mendapat
keuntungan seperti diharapkan. Namun,
ini tidak menghalang mereka yang ingin mula mencuburinya.
Ini kerana modal perniagaan
online dikira amat murah atau minumun yang rata-rata mampu disediakan oleh
kebanyakan orang. Dengan hanya memiliki
gejet tertentu dan kemudahan internet, seseorang itu berpeluang untuk memulakan
perniagaan online.
Di sini dikongsikan cara
asas bagaimana hendak memulakan perniagaan online.
Formula tersebut diberi nama
Langkah 3P.
P – PRODUK
P yang pertama semestinya adalah
produk atau perkhidmatan yang ingin dipasarkan.
Tanpa produk tentu sekali tidak dinamakan perniagaan.
Untuk permulaan, elok cari produk
atau perkhidmatan mengikut minat atau hobi.
Cara itu untuk mudah mengendalikan atau faham apa yang ditawarkan kepada
pelanggan.
Jika kita tawarkan
perkhidmatan atau barang berkaitan minat, tentu sekali kita mudah untuk
mengendalikannya. Mungkin juga produk
itu kita oleh promosi melalui aktiviti yang kita sertai. Kita juga lebih bersemangat dan tidak
berdepan dengan tekanan.
Sebenarnya memang tidak
sesuai untuk kita terikut-ikut dengan perniagaan orang lain. Itu minat atau kemampuan orang lain. Kita mungkin lain. Tambah lagi jika melibatkan kepakaran.
P – PLATFORM
Bila anda dah tentukan apa produk
atau perkhidmatan yang anda nak jual, tibalah masa untuk anda pilih apa
platform atau saluran yang ingin digunakan.
Contoh platform biasa digunakan peniaga online:
- Facebook
- Instagram
- Twitter
- Blog
- Email
- Minisite
Pemilihan platform perlu
mengikut kemampuan kita mengendalikan kemudahan itu. Pada peringkat permulaan, gunalah mana yang
mudah dan selesa.
Tidak perlu lagi hendak guna
aplikasi perlu kepada kepakaran tinggi atau belanja menyediakan kemudahan
itu. Banyak peniaga online berjaya
dengan hanya menggunakan aplikasi mudah di telefon pintar.
Kalau sudah meningkat maju,
baru difikirkan platform yang lebih sesuai mengikut kemampuan dan kesesuaian perniagaan
yang dijalankan.
P – PEMASARAN
Produk sudah ada. Platform pun kita sudah dipilih. Sekarang masanya untuk kita mula
mempromosikan produk kita.
Setiap platform ada teknik promosi yang tersendiri.
Cara promosi di Facebook, tak sama
dengan cara di Instagram.
Kalau guna Blog, lagilah berbeza
berbanding dengan media sosial.
Jadi pastikan anda belajar cara promosi
yang betul untuk setiap platform supaya anda tidak membazir masa
mencuba macam-macam teknik secara semberono.
Selamat berniaga secara online.
No comments:
Post a Comment