Thursday, 2 January 2020

KHASIAT TERUNG BAKAR

Salah satu buah tanaman sayur yang terkenal ialah terung. Banyak menu terung yang biasa dimasak seperti gulai lemak dan gulai kari. Satu lagi yang biasa dibuat dengan terung ialah dibakar dan kemudian dijadikan ulam dicicah dengan budu, air asam dan sebagainya.

Untuk membakar terung boleh dilakukan terus di atas bara arang atau penunu gas. Boleh juga dipanaskan di dalam mikrowave dan oven. Apa yang penting ialah buah terung menjadi lembut.

Antara khasiat  buah terung ialah:

- Kesihatan otak. Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh organ otak.

- Membantu proses pencernaan. Kandungan serat yang tinggi dalam terung dapat membantu menyehatkan saluran pencernaan serta menghindarkan kanser usus.

- Mengawal kencing manis atau diabetes. Sumber serat dan rendah karbohidrat amat sesuai diambil mereka yang mengidap kencing manis.

- Meningkatkan kesihatan jantung. Terung dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang beresiko membahayakan organ jantung tersebut.

- Mengawal darah tinggi. Kandungan bioflavonoid berperan besar dalam membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

- Meningkatkan kekuatan tulang. Kandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.

- Mencegah anemia. Kandungan zat besi dalam terung akan membantu mencegah anemia atau kurang darah.

No comments:

Post a Comment