Bila disebut Perniagaan Berbilang Peringkat (MLM), maka ramai yang menyatakan tidak berminat. Puncanya kerana ramai sudah tertipu.
Janji untung besar, tetapi langsung tidak dapat. Habis modal beribu-ribu.
Janji tidak perlu menaja dan tidak perlu menjual. Masuk saja, tunggu sahaja akan dapat bonus.
Memang kalau begitu anda jadi mangsa penipuan. MLM tidak perlu modal ribu-ribu. Masuk ahli biasanya sekadar RM50 sahaja.
Plan pemasaran yang disediakan untuk membantu anda membina perniagaan sendiri melalui penjualan produk dan penajaan.
Pengedar baru kemudiannya akan menjual produk dan menawarkan peluang perniagaan kepada orang lain.
Jadi, jika tidak perlu menaja dan tidak perlu menjual, itu bukan MLM. Menjual dan menaja adalah ciri utama dalam MLM.
Anda perlu membeli produk. Tidak kiralah sama ada untuk diguna sendiri mahupun dijual. Itu satu komitmen anda dalam MLM.
Mengguna produk berkualiti, anda pasti puas hati dan terus menggunakan. Dengan keyakinan itu, anda akan memperkenalkan produk yang sama kepada orang lain.
Orang berasa puas hati dengan produk itu akan kekal menggunakannya. Tempahan berulang akan berlaku. Dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, sudah tentu perhubungan jangka masa panjang dapat dijamin.
Pada masa sama, pembeli itu mungkin pula berminat untuk turut menjadi pengedar di bawah anda.
Dengan menyampaikan kebaikan produk dan ilmu pemasaran kepada ahli kumpulan, anda bukan sahaja membina rangkaian perniagaan sendiri, malah membantu orang lain membina perniagaan mereka.
Perniagaan anda berkembang, pulangan turut akan bertambah.
No comments:
Post a Comment