Thursday 15 December 2022

AKTIVITI PANTAI LEGAKAN MINDA KANAK-KANAK

 
Minda perlu memandang jauh, biarpun fizikal tidak mampu pergi. Itulah suasana di pantai. Kita berada di pantai akan menghadap atau memandang pantai dengan penuh bererti. Gelanggang hidup ini luas yang boleh kita teroka, biarpun dalam keterbatasan yang nyata.
 
Bermainlah di pantai. Bawa ahli keluarga dan anak-anak. Mereka akan melihat alam yang luas, tetapi tahu erti keterbatasan.
 
Lalu, mereka hanya akan bermain-main di tepi pantai. Mereka akan bermain di gigi air atau ombak. Ada tanah, pasir, kulit kerang, daun kering, ranting kering dan mungkin juga sampah hanyut.
 
Di sesetengah tempat mereka berpeluang untuk menangkap ketam ragi, ketam pasir, umang-umang, lala, udang dan pelbagai jenis siput.
 
Mereka berpeluang membina istana pasir atau apa-apa bentuk yang digambarkan untuk dibina.
 
Main pantai macam ni, dapat turunkan hormon tekanan perasaan dalam badan anak. Hidup lebih ceria dan untuk beberapa ketika selepas akitiviti pantai, mereka akan lebih tenang dan gembira.

No comments:

Post a Comment