Batu Caves adalah bukit batu kapur yang mempunyai 4 gua
iaitu Dark Caves, Gua Damai, Cave Villa dan Batu Caves yang
terletak di Gombak, Selangor. Nama Batu Caves diambil daripada Sungai Batu yang
mengalir berhampiran tempat itu,
Secara rasminya Batu Caves menjadi pusat beribadat bagi penganut
agama Hindu sejak tahun 1891. Untuk menaiki ke gua, terdapat 272 tangga
disediakan untuk kemudahan pengunjung mendakinya.
Kawasan Batu Caves dipilih oleh K.Thamboosamy Pillay yang
mendakwa bermimpi bahawa Dewa Murugan mengutuskan beliau untuk pergi ke Batu Caves
dan menjadikan tempat tersebut sebagai pusat beribadat agama Hindu. Sebelum ini
di Batu Caves sudah tersedia satu kuil kecil di dalamnya yang kini dikenali
sebagai 'Main Temple'.
K.Thamboosamy Pillay merupakan ketua bagi masyarakat India
di Kuala Lumpur selama tiga dekad. Beliau dilahirkan di Singapura dan bekerja
sebagai kerana di firma guaman Rodyk dan Davidson. Beliau kemudiannya mengikuti
majikannya, Guthrie Davidson ke Selangor.
Selepas majikannya itu dilantik sebagai Residen Selangor
yang pertama. K.Thamboosamy kemudian dilantik menjalankan tugas-tugas
pengurusan pejabat di Pejabat Perbendahaan Negeri Selangor yang beribu pejabat
di Klang.
Pada tahun 1889, beliau bersara dari perkhidmatan awam
dengan jawatan terakhirnya sebagai ketua kerani, dan sebagai tanda penghargaan,
Residen British pada masa itu, William Maxwell telah melantik beliau sebagai
pengurus bagi sebuah syarikat perlombongan, New Rawang Tin Mining Company.
Beliau telah berjaya memajukan syarikat berkenaan, dan menjadi tokoh yang
dihormati pada ketika itu. Selain aktiviti perlombongan, K. Thamboosamy turut
membina kekayaan melalui aktiviti hartanah dan binaan.
K. Thamboosamy meninggal dunia di Singapura pada tahun 1902,
memandangkan pada ketika itu tiada perkhidmatan keretapi atau jalan darat yang
baik, maka atas inisiatif Sir Frank Swettenham, mendiang dibawa pulang ke Kuala
Lumpur dengan menggunakan kapal layar khas yang dikhaskan untuk kegunaan
Gobenor British.
Di Batu Caves terdapat patung Dewa Murugan yang berwarna
emas .Patung Dewa Murugan adalah patung dewa Hindu yang tertinggi di Malaysia
dengan ketinggian 42.7 meter.
Patung itu diperbuat daripada 250 tan keluli, 1550 meter
padu konkrit dan 300 liter cat emas. Kos pembinaannya sebanyak RM2.5 juta, yang
mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya dan telah dirasmikan oleh Datuk
Seri Dr Samy Vellu pada 2006.
No comments:
Post a Comment