Sunday, 7 June 2026

PENAMAAN KAPAL MISI PERSISIR

 
Malaysia dijangka menerima tiga Kapal Misi Pesisir Batch 2 (LMSB2) yang dibina di Turkiye menjelang akhir tahun 2027, sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menjaga kedaulatan perairan negara.

Pembinaan kapal berkenaan berjalan mengikut jadual sejak kontrak dimeterai pada Jun 2024 dengan penamaan dan pelancaran LMSB2 pertama berlangsung 24 Mei 2026 dan LMSB2 kedua pada 7 Jun 2026 dan kepal ketiga dijangka pada Ogos 2026.

Kapal pertama dinamakan 'Tunku Laksamana Abdul Jalil' dan upacara itu disempurnakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Istanbul Shipyard, Turkiye, pada 24 Mei 2026.

Kapal kedua dinamakan Raja Laut dan upacara penamaan disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin pada 7 Jun 2026, juga di Turkiye.

Dalam perancangan, Malaysia memerlukan 18 buah LMSB2 dan ketika ini sudah ada empat yang beroperasi. Jumlahnya menjadi tujuh jika yang yang dibina di Turkiye ini siap dan dibenarkan beroperasi.

Acara penamaan dan pelancaran kapal merupakan tradisi tentera laut di kebanyakan negara yang menandakan kerja pembinaan kerangka kapal telah siap sebelum memasuki fasa ujian di pelabuhan dan laut.

Kesemua tiga LMSB2 itu diperoleh menerusi pembelian dengan kos RM2.5 bilion.

Gambar - Kapal Raja Laut

No comments:

Post a Comment