Bunga seroja (Nelumbo nucifera Gaertn.) cukup terkenal
kerana kelihatan cantik. Dalam bahasa Inggeris bunga seroja dikenali lotus.
Bunga seroja tak terapung di atas air.
Biasanya bunga seroja letaknya di atas tangkai yang agak panjang
menjulang ke atas permukaan air. Apabila naik ke atas, ada yang berada di
atas permukaan air dan kedudukan rapat-rapat antara satu sama lain setelah
keluar dari umbi dari bawah.Tangkai seroja agak keras.
Bungai seroja dijadikan lambang suci dalam agama Buddha dan
Hindu. Di negara banyak penganut agama Buddha seperti Thailand, Myanmar,
Vietnam, Laos, China dan Kamboja, bunga seroja ditanam di lokasi strategik dan
dihormati.
Terdapat kepercayaan yang bunga seroja tumbuh di atas tapak
kaki Gauthama Buddha sehinggakan ia dikatakan bunga yang suci.
Sebahagian besar varieti seroja adalah daripada India
sehingga menjadi lambang negara tersebut. Bunga seroja juga bunga kebangsaan
negara Vietnam.
Di China bunga seroja yang tumbuh di atas lumpur dan
permukaan air serta menghasilkan bunga yang amat cantik dan digunakan untuk
nama-nama perempuan dalam masyarakat mereka.

No comments:
Post a Comment