Dewan Negara Negeri Perak memainkan peranan dalam hal
pemilihan dan mempunyai kuasa dalam pemilihan dan perlantikan Sultan serta
Raja-raja Bergelar. Dewan Negara Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Negara ini mempunyai
peranan penting dalam melaksanakan proses pemilihan dan perlantikan Sultan atau
Raja Pemerintah dan lain-lain gelaran dalam sistem hirarki.
Objektif utama penubuhan Dewan Negara ini bagi membantu dan
menasihatkan Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas Baginda. Di antara
tugas-tugas lain Dewan Negara ialah menasihatkan Raja Pemerintah di dalam
perlantikan bakal-bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar.
Persidangan Dewan Negara hanya boleh bersidang apabila
dititah oleh Raja Pemerintah. Sekiranya Baginda tidak berangkat hadir, maka
Bakal Sultan yang kanan akan mempengerusikan persidangan itu atau Orang Besar
Negeri yang terlebih kanan sekiranya tidak ada sesiapa Bakal Sultan yang hadir.
Tetapi sekiranya persidangan Dewan Negara itu akan
membincang pemilihan dan perlantikan seseorang Raja Pemerintah atau
pemerintahan seorang Raja Pemerintah, atau lantikan Jemaah Pemangku Raja atau
apa-apa perkara lain yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah
atau persidangan itu menganggap adalah berfaedah Baginda tidak bersama, maka
tidaklah boleh Baginda berangkat hadir dan mempengerusikan persidangan itu.
Begitulah juga dengan Bakal-bakal Sultan atau Raja-raja Bergelar.
Gambar Istana Bukit Candan (sekadar hiasan)

No comments:
Post a Comment