Nama Yaakub Yusra sinonim dengan Murtadha Dakwah Centre
(Madad) yang menjadi tempat sehenti penyebaran dakwah tanpa mengetepikan aspek
kebajikan, pendidikan dan ekonomi.
Pusat ini asalnya diasaskan oleh abangnya, Almarhum Ustaz
Murtadha Yusof pada Januari 2018 sebagai Darul Murtadha.
Selepas pemergian abangnya akibat kemalangan, beliau
mengambil alih dan membangunkan pusat ini sehingga dikenali sebagai pusat
komuniti Islam bertaraf antarabangsa yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti
pusat tahfiz, masjid berasaskan ilmu falak, hotel kapsul, rumah warga emas dan
stadium e-sukan.
Ia bukan sekadar pusat dakwah, tetapi pusat komuniti yang
menyantuni pelbagai lapisan masyarakat.
Yaakub Yusra atau nama sebenarnya Mohammad Yaakub bin
Muhammad Yusuf
merupakan anak kepada pasangan Muhammad Yusuf bin Ahmad dan Zainun binti Awang.
Bapanya ialah bekas imam dan guru agama, manakala ibunya
meninggal dunia ketika beliau berusia 13 tahun.
Didikan agama yang sangat kuat sejak kecil menjadikan
kesemua sembilan adik-beradiknya bergelar ustaz, ustazah dan pendakwah.
Perjalanan ilmu Ustaz Yaakob Yusra bukan sekadar
pengalaman, tetapi dibina atas asas pendidikan yang kukuh.
Beliau memiliki Ijazah Pengurusan Sumber Manusia dari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada tahun 2012.
Seterusnya, beliau menyambung pengajian Sijil Bahasa Arab
dan al-Quran di Kaherah, Mesir dari tahun 2013 hingga 2015, yang menjadi fasa
penting mendekatkan dirinya dengan bahasa al-Quran dan disiplin ilmu agama
secara lebih mendalam.
Pada tahun 2021, beliau melengkapkan Sarjana dalam
Pengurusan di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
(UNISHAM).
Satu sisi unik hidup Ustaz Yaakub Yusra yang
jarang diketahui ialah beliau pernah menjadi gamer tegar.
Masa mudanya banyak dihabiskan di cyber cafe bermain
permainan video. Malah beliau pernah mewakili Malaysia sebagai pemain
profesional.
Selain aktif berdakwah, Ustaz Yaakub Yusra turut
memperlihatkan sisi keusahawanan beliau.
Beliau dikenali sebagai ‘ustaz saham’ kerana aktif dalam
pelaburan saham sebagai salah satu sumber pendapatan.
Pada tahun 2021, beliau menerima pengiktirafan sebagai Top
Leadership CEO dalam Majlis Anugerah 100 Top CEO di bawah kategori Education
Dakwah and Services Industry. Peranan beliau tidak terhad kepada ceramah agama, tetapi
turut melibatkan pendidikan, pembangunan masyarakat, sukan dan keterlibatan
digital.
merupakan anak kepada pasangan Muhammad Yusuf bin Ahmad dan Zainun binti Awang.

No comments:
Post a Comment