Sikap
buruk sangka amat ditegah dalam Islam. Sikap buruk sangka boleh membawa
malapetaka yang besar dalam masyarakat. Ia seumpama bom jangka yang boleh meletup
dan memusnahkan segala apa yang ada di sekelilingnya.
Untuk
menghalang sikap buruk sangka, maka ia digolongkan sebagai perbuatan dosa.
Mereka yang beriman pasti akan menegah dirinya daripada melakukan perbuatan
dosa.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan
buruk sangka, sesungguhnya sebahagian buruk sangka itu berdosa.” (Surah Al-Hujuraat,
ayat 12)
Memang
sukar untuk mengelak diri sepenuhnya daripada melakukan dosa. Namun, apa yang
penting ialah berusaha untuk mengelak daripada melakukannya.
Para
alim mengatakan: "Tidak ada seorang alim pun yang bebas dari kesalahan.
Barangsiapa yang salahnya sedikit dan benarnya lebih banyak maka dia seorang
alim. Dan barangsiapa yang benarnya sedikit dan salahnya lebih banyak maka dia
seorang jahil". (Jami' Bayan al-‘Ilmi wa Fadhlihi)
Usahlah
kau bercakap apa yang kau tidak tahu atau yang tidak jelas, semata-mata
sangkaanmu atau jadi pak turut sahaja, atau kau mencela seseorang yang hanya
mengikut hawa nafsu mu tanpa ilmu dan penjelasan. Takutlah pada Tuhan mu dan
keadilannya di akhirat nanti...
Allah
SWT telah memberi peringatan berkaitan perkara ini dalam firman-Nya yang
bermaksud: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,
semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Surah
Al-Isra, ayat 36)
Bila
engkau ditegur, mungkin pada engkau, engkau ada hujah yang betul. Maka
janganlah engkau hukum yang menegur engkau itu salah. Mungkin sahaja dia ada hujah
yang lebih kuat atau relevan, yang paling wajar engkau lakukan ialah bersabar
dan bertenang serta bermuhasabah terhadap hujah dan pegangan engkau...
Tidak
perlu engkau istisghar memperkecilkannya atau istiskhar memperhinakannya atau
istihza' (perlekehkannya), walaupun engkau yakin hujah dan pegangan engkau itu
sangat benar kerana bertindak memperkecil dan memperhinanya serta
memperlekehnya itu hanya akan menjauhkan hati mu darinya dan meremukkan
keharmonian ukhuwah dengannya...
Sesungguhnya
prejudis atau buruk sangka akan menghancurkan ukhuwah. Justeru, jauhilah
prasangka buruk...
No comments:
Post a Comment