Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berjimaklah melalui depan atau melalui belakang. Jauhi dari memasukkan zakar ke dalam dubur dan berjimak semasa haid.” (Hadis riwayat Nasai)
Jelas di dalam hadis di atas bahawa Islam sangat melarang umatnya melakukan hubungan seks melalui lubang dubur isterinya, kerana perbuatan ini adalah perbuatan luar tabie dan sangat dibenci oleh Allah SWT.
Tidak menjadi masalah bagi pasangan suami isteri yang melakukan hubungan seks dengan berbagai-bagai posisi atau teknik, tetapi ia mesti halakan zakarnya ke lubang faraj isterinya.
Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak kiralah dia berjimak dalam keadaan berdiri, duduk atau meniarap (suami menindih perempuan yang meniarap di lantai) selagi tempat masuk zakar adalah faraj.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Isteri itu adalah seperti ladang yang luas, bercucuk tanamlah suami di ladang tersebut dengan benda-benda yang baik, supaya suami tersebut memperoleh hasilnya nanti.
Jelas bahawa isteri itu adalah tempat suami bersuka dan berkasih sayang, ini juga merupakan amanah Allah SWT kepada suami supaya dapat dimanfaatkan dengan baik dan tidak sesekali mensia-siakan isteri dengan cara mengabaikan mereka.
Hukum bagi suami yang meliwat isterinya ialah dosa besar dan Allah SWT akan melaknat suami yang meliwat isterinya. Pasangan yang telah melakukan liwat akan ditarik oleh Allah SWT akan nikmat jimak di faraj sama sekali dan ia akan sentiasa terus suka melakukan hubungan seks di jalan dubur isterinya.
Mereka yang suka meliwat akan ditutup pintu hatinya dan mereka terus suka melakukan seks liwat dengan lebih teruk lagi. Mereka juga akan mudah dijangkiti dengan penyakit AIDS, penyakit kelamin dan sebagainya, kerana perbuatan liwat ini adalah sangat jijik dan kotor dengan memasukkan zakar ke dubur yang jelas jalan tersebut adalah saluran najis.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkata ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.” (Surah al-Ankabut, ayat 28)
Lagi dalil dari hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah melaknat siapa yang berbuat dengan perbuatannya kaum Luth”. (Hadis riwayat Ahmad)
Pasangan yang telah melakukan perbuatan terkutuk dan perbuatan yang sangat dilaknat Allah ini, maka kembalilah kepangkal jalan dan bertaubatlah kepada Allah.
Gambar sekadar hiasan

No comments:
Post a Comment