Friday, 28 August 2020

KEBAIKAN BERENDAM AIR HANGAT SEMULA JADI

Sekarang ini terdapat banyak kolam air panas semulajadi yang terdapat di negara kita dibangunkan atau dijadikan tempat rekrasi. Tempat punca mata air dibina kolam yang sesuai untuk dijadikan tempat berendam keseluruhan badan, mahupun di tepi untuk merendam kaki sahaja.

Air panas semula jadi yang keluar dari perut bumi baik untuk kesihatan. Ia mengandungi banyak galian terutama sulfur yang berupaya mengatasi masalah kulit. Dalam masyarakat kita telah lama mengamalkan menggunakan air panas semula jadi untuk mengubat penyakit kulit seperti kudis dan gatal.

Beberapa fakta berkaitan kebaikan mandi air panas:

- Penyelidikan oleh New England Medicine menunjukkan pesakit diabetes yang berendam selama setengah jam di dalam air suam boleh menurunkan 13% kadar gula dalam darah.

- Di Jepun, 10 minit berendam dalam air panas mampu memperbaiki kesihatan jantung (terutamanya golongan lelaki).

- Rendamkan badan selama 10 hingga 20 minit di dalam air bersama yang mengandungi campuran larutan soda bikarbonat (serbuk penaik) mampu mengatasi ruam atau jangkitan kulit.

- Mampu mengeluarkan racun atau toksin apabila mandi air sekitar 32-35 Celsius, dipercayai ia mampu membuka liang atau ruang pada kulit.

- Selain menurunkan kadar gula, ia mampu menyembuhkan sakit otot dan menjaga usus besar supaya dapat bekerja dengan baik.

- Merendam kaki di dalam air suam atau panas membantu dalam penyembuhan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kaki. Apatah lagi dengan kehadiran minyak mandian atau aroma terapi

- Sangat membantu untuk mandi apabila cuaca yang terlalu dingin. 

No comments:

Post a Comment