Sebagai
orang yang mengaku dirinya beragama Islam dan beriman kepada Allah, kita harus
mengetahui dan mengakui hakikat bahawa nikmat itu adalah anugerah Allah. Jika
kita ingin berhasil dan berjaya seperti orang lain yang berhasil dan berjaya,
hendaknyalah kita berpindah pandangan kepada Allah SWT, meminta kurnia dan
rahmat dari-Nya, kerana gudang-gudang nikmat dan rahmat-Nya bukan untuk
dimonopoli oleh seorang hamba sahaja tetapi adalah untuk semua makhluk-Nya.
Seterusnya
kita harus memulai setiap usaha dengan doa dan usaha yang padu. Nabi Sulaiman
telah meminta kurnia dan rahmat Allah dengan berdoa seperti yang terdapat di
dalam al-Quran.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan anugerahkan kepadaku
kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku. Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Pemberi." (Surah Shaad, ayat 35).
Kita
sebagai kaum muslimin hendaklah selalu berdoa agar kita dan keturunan kita
memperoleh ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup mencari anugerah Allah dengan
melalui usaha dan ikhtiar yang merupakan perkara yang wajar, bukan dengan sikap
iri hati dan dengki. Sedangkan cita-cita seseorang yang ingin sama orang lain;
memiliki kenikmatan seperti yang dimiliki orang lain adalah wajar.
Dalam
hal ini Rasulullah SAW telah menunjukkan sesuatu yang patut ditempuh dengan
cara berlumba-lumba mencari dan mendapatkan kurnia Allah sebagaimana sabda
baginda yang bermaksud: "Tidak boleh iri hati kecuali dalam dua perkara
iaitu seorang yang diberi oleh Allah nikmat harta kekayaan lalu dipergunakannya
untuk mempertahankan hak (kebenaran) dan seorang yang diberi oleh Allah nikmat
ilmu hikmat lalu dipergunakannya dan diajarkannya." (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).
Sikap hasad tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja. Golongan yang berjaya dan terhormat juga tidak terkecuali dengan sikap hasad.
Hasad
golongan intelektual acapkali berlaku dalam kalangan golongan terpelajar atas
sebab dengki dengan pencapaian orang lain. Sebab itu timbul fitnah-memfitnah,
label-melabel berpunca daripada sifat ini.
Tidak
kurang ahli politik yang dengki kepada kejayaan parti yang lain hingga sanggup
membuka aib lawannya di kalayak umum.
Oleh
itu, golongan intelektual perlu ambil perhatian untuk lebih berhati-hati kerana
sejarah telah membuktikan di mana ahli kitab tidak mengiktiraf Rasulullah
walhal mereka mengetahui kebenarannya.
Allah
berfirman: “Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah
kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman,
kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka
kebenaran (Muhammad).” (Surah Al-Baqarah, ayat 109)
No comments:
Post a Comment