Sesuatu jenis makanan yang popular dan digemari di sesuatu tempat sehingga tiada bekalan dan harga mahal, mungkin tidak mempunyai nilai dan tidak digemari penduduk di kawasan lain.
Contohnya di Damietta atau bagi penduduk tempatan, ia lebih dikenali sebagai Dumyat terletak di bahagian utara Mesir, penduduk di sana tidak makan kerang dan beberapa jenis makanan laut lain.
Menariknya, jenis kerang di tempat tersebut jenis yang lebih besar berbanding yang terdapat di negara kita.
Ketika musim kerang ‘mendarat’ kerang akan memenuhi pantai-pantai sehingga menutup pasir. Kepada penggemar kerang boleh kutip sebanyak mana yang diingini. Ia menjadi kegilaan dan pengalaman menarik bagi rakyat Malaysia yang mengunjungi lokasi tersebut.
Kota Dumyat cukup terkenal bagi penuntut Malaysia kerana di sana terdapat Universiti Al-Azhar cawangan Dumyat.
Antara tempat paling menarik di Damietta adalah di Ras El Bar kerana di situ adalah tempat pertemuan Sungai Nil dan Laut Mediterranean.
No comments:
Post a Comment