Di
Kelantan, khususnya di Kota Bharu terdapat banyak kedai menjual nasi kukus.
Nasi kukus ialah nasi yang dimasak secara kukus menggunakan kukusan.
Beras
dimasukkan ke dalam bekas kecil yang cukup-cukup untuk satu bungkus nasi
apabila masak nanti. Kemudian ia diletakkan di dalam kukusan yang biasanya ada
beberapa tingkat.
Lauk
nasi kukus pelbagai jenis, tetapi yang paling digemari ialah lauk ayam goreng
berempah.
Salah
satu jenama nasi kukus terkenal di Kota Bharu ialah Nasi Kukus Suriani. Jenama
ini telah dikenali atau kedai beroperasi sejak tahun 1990. Selain kedai utama berhampiran
Stadium Sultan Muhammad Ke-4, terdapat cawangan di lokasi lain.
Antara
keistimewaan Nasi Kukus Suriani ialah kuah yang menggunakan rempah asli dan campur
beberapa jenis kuah untuk setiap bungkus.
Selain
boleh dimakan di kedai, paling banyak ia dibeli pelanggan untuk dibawa pulang.
Sesuai
dengan trend perniagaan sekarang, perkhidmatan runner untuk membuat
penghantaran ke lokasi pelanggan juga disediakan.
No comments:
Post a Comment