Pihak berkuasa tempatan, pemilik bangunan dan pemilik kawasan ‘terpaksa’ melakukan tindakan tersebut disebabkan pemilk kenderaan tidak mematuhi undang-undang atau peraturan yang ditetapkan berkaitan tempat letak kenderaan.
Tindakan pemilik kenderaan meletak kenderaan tidak pada tempat yang ditetapkan mengakibatkan kesesakan dan melambatkan lalu lintas, selain faktor keselamatan.
Dalam sesetengah kes, pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan mengunci tayar kenderaan disebabkan oleh kenderaan yang terlibat mempunyai rekod buruk seperti saman tertunggak.
Pihak yang berkenaan boleh bertindak mengunci tayar jika mereka mempunyai asas untuk bertindak demikian berdasarkan saman dan kesalahan lampau.
Tindakan jika tayar kenderaan anda kena kunci:
-
Jangan cuba mengeluarkan kunci roda itu sendiri. Anda boleh dibawa ke mahkamah
kerana merosakkan kunci itu dan didakwa kerana mencuri jika anda menyimpannya.
-
Hubungi nombor yang tertera dan pohon untuk membuka kunci tersebut.
-
Jika anda fikir anda telah dikunci secara tidak adil, ambil gambar sebagai
bukti untuk membantahnya kemudian.
Perhatian: Jika anda sampai sebelum penguncian selesai dan pihak berkuasa terlibat terus mengunci roda kereta anda dan mengenakan bayaran untuk membukanya, anda masih perlu membayar notis penaltinya.
No comments:
Post a Comment