Imam
Malik pernah menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya
kenapa menangis, Imam Malik menjawab: "Aku sedih melihat makanan yang
banyak ini, kerana teringat Rasulullah SAW.
Baginda
SAW berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi ibadahnya banyak. Sedangkan aku,
berbuka dengan makanan yang banyak tetapi ibadahku sedikit."
Ibadat
berpuasa sepatutnya mengajar kita erti bersederhana, bukannya makan berbuka
dengan pelbagai jenis hidangan.
Berbuka
dengan hidangan yang banyak dan berbagai jenis bukti hawa nafsu belum terdidik
dengan ibadat puasa yang dilakukan sepanjang hari. Lebih malang lagi, hidangan
itu tidak dihabiskan kerana sudah terlalu kenyang.
Sesungguhnya,
sikap membazir adalah amalan syaitan.
No comments:
Post a Comment