
Gambar pada 1937. Sebelum perang dunia kedua meletus. Ketika ini Lt Adnan (kanan) berpangkat CQMS (Company Quartermaster Sergeant). Sebelah beliau merupakan Bintara Muda Mohamed Bin Yunos, Navy British berpangkalan di Singapura.
Mereka
merupakan insan istimewa yang terpilih untuk menghadiri majlis pertabalan King George VI di England di mana sekarang
merupakan ayahanda kepada Queen Elizabeths.
Pada
petang hening, 14 Februari 1942 sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di
sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura.
Mayat
yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi-tubi tanda balas dendam
dan marah kerana anak muda berpangkat leftenan inilah yang mengetuai barisan
gagah, ampuh, berani.
Hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari
mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum
ditawan Jepun.
Lehernya
dikelar dan isi perutnya terburai dimamah bayonet tentera Jepun. Mayatnya
dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.
Terima
kasih atas jasa kalian berjuang habis-habisan hingga ke titisan darah
terakhir. Semoga roh para pejuang ditempatkan di kalangan orang beriman.
Amin.
No comments:
Post a Comment