Kawasan
jajahan Gua Musang terdapat beberapa penampatan Orang Asli seperti Pos Tohoi,
Simpor, Belatim, Bihai, Gob, Brooke, Hendrop, Pasik, Pulat, Hau, Blau dan Kuala
Betis.
Untuk
menyediakan pendidikan yang baik kepada anak Orang Asli setanding dengan pelajar
lain, kerajaan membina sekolah khas untuk menampatkan pelajar Orang Asli.
Di
kawasan penempatan Orang Asli biarpun jauh di pedalaman, terdapat sekolah rendah
untuk Orang Asli seperti di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, Sekolah Kebangsaan
Hendrop, Sekolah Kebangsaan Blau dan beberapa sekolah lagi.
Dahulu,
pelajar Orang Asli di jajahan Gua Musang akan menyambung persekolah peringkat menengah
di beberapa buah sekoleh seperti SMK Tengku Indera Petra 1, SMK Tengku Indera Petra
2, SMK Seri Wangi, SMK Tengku Bendahara, SMK Bandar Chiku dan SMK Chiku 2.
Namun,
kini terdapat sekolah menangah khusus untuk menempatkan pelajar Orang Asli. Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya yang terletak di Kampung Panggung Lalat
menjadi sekolah pertama untuk anak Orang Asli di Kelantan.
Pembinaan
sekolah ini bermula pada Oktober 2016 dan siap 2020, terletak di laluan utama
Gua Musang – Lojing di Kampung Panggung Lalat, Mukim Batu Papan, daerah Galas, berhampiran
Kampung Kuala Betis.
Sekolah
yang mempunyak 24 bilik darjah in mampu memuatkan sehingga 700 pelajar dan
kemudahan 400 pelajar di asrama, asalnya dibina atas nama Sekolah Menengah
Kebangsaan Kuala Betis, kemudiannya ditukar kepada nama secara rasmi kepada SMK
Panggung Jaya.
Nama
‘Panggung Jaya’ adalah dari nama Kampung Panggung Lalat yang hanya mengambil perkataan
‘panggung’ dan ditambah perkataan ‘jaya’ yang menjadikan nama ‘panggung jaya’.
Pembinaan
sekolah yang menelan kos sehingga RM50 juta dapat menyelesaikan masalah
penempatan pelajar Orang Asli dari kampung pedalaman.
Pembinaan
SMK Panggung Jaya adalah langkah penyelesaian kerajaan dalam memastikan
anak-anak orang asli dapat memberikan tumpuan penuh kepada pelajaran tanpa
memikirkan jarak jauh dari keluarga.
Kewujudan
SMK Panggung Jaya mampu mengelakkan masalah pelajar kaum berkenaan tercicir
pelajaran.
No comments:
Post a Comment