Wednesday, 10 November 2021

KHASIAT POKOK RUMPUT AUR-AUR

 
Pokok aur-aur atau ada juga menamakan pokok nono bulon dan rumput kerbau adalah sepesis pokok yang menyerupai rumput berasal dari famili Commelinaceae.

Pokok aur-aur banyak tumbuh di tepi bendang, kebun dan tanah lapang. Pembiakan melalui anak sulur atau keratan ranting berakar. Rumput ini mempunyai bunga berwarna biru.

Rumput ini dihancurkan dan diletak pada anggota badan yang luka atau cedera. Ia berkesan sebagai antibakteria dan antikulat untuk mengubat luka.

Untuk mengubati deman, boleh ambil rumput aur-aur yang sudah dikeringkan 9-15 gram, atau rumput segar 30-60 gram, direbus dengan dua cawan air, biar sehingga tahap air tinggal satu cawan dan diminum. Boleh juga dengan cara tumbuk atau ramas daun aur-aur dan kemudian ditampalkan di bahagian dahi.

Daun yang ditumbuk dan diperah untuk dapatkan air dan diminum boleh juga digunakan untuk mengubati bengkak di bahagian bawah pipi atau leher.

Kaedah yang sama boleh digunakan untuk menghilangkan bisa ular sebelum mendapatkan rawatan di hospital.

Ibu sarat mengandung elok menggunakan perahan air rumput aur-aur untuk disapu pada bahagian perut untuk memudahkan proses bersalin dan mengurangkan kesan garis di perut.

Daun aur-aur yang telah ditumbuk atau diramas juga digunakan untuk bahagian tulang patah atau mengurangkan kesan sakit dan merawat bisul.

Pucuk rumput aur-aur juga boleh digunakan sebagai sayur. Sedap juga dibuat tumis bawang putih.

 

No comments:

Post a Comment